TIPS & CARA TERBAIK TIDURKAN BAYI DENGAN LEBIH LENA
Bayi anda sering terjaga malam? Pasti anda merasa sedikit ‘pressure’ terutamanya mereka yang baru pertama kali bergelar ‘papa’ dan ‘mama’. Timbul persoalan “Anak saya ni tidur lena ke sepanjang malam?” .
Jangan risau! Anda tidak keseorangan.
-------------------------------------------------------------
KENAPA BAYI KERAP TERJAGA SEMASA TIDUR?
Untuk pengetahuan anda, bayi perlu bangun dan minum susu ibu dengan secukupnya pada siang hari. Anak-anak kecil ini mempunyai kitaran tidur yang singkat, di mana mereka akan kerap terjaga terutamanya bayi yang lebih muda usianya.
Tips 1 : Perhatikan Tanda-tanda Bayi Anda Hendak Tidur
Kenapa ianya penting untuk anda faham dan ‘alert’ apabila bayi anda hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan terawal dalam memastikan tidur yang lena sepanjang malam.
Anda mesti pernah mengalami situasi dimana bayi anda terjaga apabila dia baru sahaja hendak tidur. Akibatnya, bayi anda akan merengek dan tidak tidur dengan baik selepas itu. Tambahan lagi, anda pun tidak dapat tidur!

Tips 2 : Latih Bayi Anda Dengan Rutin Sebelum Tidur
Antara rutin yang boleh dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini dapat merehatkan bayi serta dapat membantu bayi anda tidur dengan lebih lena dan selesa. Bedungkan bayi anda selepas mandi. Bedung dengan selesa ya. Jangan terlalu ketat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepadanya.

Tips 3 : Amalkan Sentuhan Magis
Apa yang ‘magic’ tu? Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Kajian dari Universiti Miami melaporkan, bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga.

Tips 4 : Mainkan Bunyi-bunyian Yang Menenangkan
Lagu-lagu tradisi yang menenangkan dapat mengimbaukan kembali bayi anda ketika di dalam rahim anda. Degupan jantung dan darah yang mengalir di dalam badan anda membuatkan bayi anda sudah biasa dengan bunyi-bunyian. Bagi muslim, alunan zikrullah dan ayat suci al-quran sudah tentu menjadi pilihan utama buat para ibu dan bapa.

Tips 5 : Buaikan Bayi Anda
Pergerakan buaian atau kerusi tidur bayi boleh membuatkan bayi anda terbuai-buai sehingga tertidur lena. Sebab itu kita selalu lihat bayi diletakkan di dalam buaian jika hendak tidur. Ayunan buaian dapat meredakan keadaan bayi dan tidak lama selepas itu bayi anda telah lena dibuai mimpi.

Comments
Post a Comment